Bismillah.
Pendaftaran untuk sesi persekolahan 2019 akan dibuka mulai:
- Rabu, 1 Ogos 2018 (untuk pendaftaran semula pelajar 4 & 5 tahun sesi 2018 dan pendaftaran baru adik-beradik kepada pelajar sesi 2018 sahaja).
- Isnin, 13 Ogos 2018 (untuk semua pendaftaran baru selain daripada 2 kategori di atas).
Sila ambil maklum perkara-perkara penting berikut:
- Anak-anak yang berumur 4 dan 5 tahun pada sesi 2018 perlu mendaftar semula jika berminat untuk meneruskan persekolahan di Tadika Alif Ceria pada tahun hadapan.
- Keutamaan mendaftar awal mulai 1/8/2018 akan diberikan kepada ibubapa sesi 2018 untuk mendaftarkan semula anak untuk sesi tahun hadapan termasuk mendaftarkan anak yang baru. Walau bagaimanapun, selepas tarikh 13/8/2018, pendaftaran adalah secara ‘first come first serve’ kerana ibu bapa baru akan mula mendaftar.
- Semua ibubapa baru yang pertama kali mendaftar ke Alif Ceria dan ibubapa alumni 2010-2016 WAJIB menghadiri sesi taklimat ringkas di tadika untuk penerangan tentang terma & syarat pendaftaran, perincian yuran tahunan dan bulanan, peraturan-peraturan tadika dan program serta kurikulum yang digunapakai di Alif Ceria. Tarikh temujanji untuk sesi taklimat adalah mulai Isnin, 1/8/2018. Semua temujanji akan dibuat hanya selepas jam 2 petang.
- Adalah dimaklumkan juga tempat adalah terhad terutamanya bagi sesi ‘daycare’ di Presint 14, Presint 16D dan Presint 16F.
- Pendaftaran adalah secara online sepenuhnya di www.alifceria.edu.my/ACIS dan kelulusan akan diberi tertakluk kepada kehadiran pada sesi taklimat (bagi pelajar baru) dan juga rekod bayaran bulanan (bagi pelajar lama).
- Pihak tadika tidak mengamalkan konsep ‘booking’ atau ‘deposit’. Yuran pendaftaran perlu dijelaskan setelah kelulusan diberi.
- Pendaftaran di atas adalah merujuk kepada pendaftaran masuk ke Tadika Alif Ceria sahaja. Bagi Transit Ceria, status pendaftaran akan dimaklumkan kemudian.
- Sila hubungi nombor-nombor berikut untuk sebarang pertanyaan dan penetapan tarikh temujanji:
Presint 14: 038893 5431 (Teacher Ros)
Presint 16D: 038861 4919 (Teacher Liyana)
Presint 16F: 038861 8527 (Teacher Nisha)
Presint 11: 038861 5908 (Teacher Wawa/ Teacher Alwani)
Bdr Saujana Putra: 035103 4535 (Teacher Wawa)atau
Terima kasih.
—
Sila rujuk di sini untuk maklumat mengenai prosedur pendaftaran masuk ke Tadika Alif Ceria.
Lokasi dan nombor telefon untuk semua cawangan Tadika Alif Ceria di sini.
Baca testimoni-testimoni ibubapa kami di sini.
Lihat aktiviti anak-anak Alif Ceria sepanjang tahun di sini.
#AlifCeriaturns10in2019Alhamdulillah