Pendaftaran untuk sesi persekolahan 2020 telah dibuka mulai:
- Isnin, 19 Ogos 2019 (untuk pendaftaran semula pelajar 4 & 5 tahun sesi 2019 dan pendaftaran baru adik-beradik kepada pelajar sesi 2019 sahaja).
- Isnin, 9 September 2019 (untuk semua pendaftaran baru selain daripada 2 kategori di atas).
Sila ambil maklum perkara-perkara penting berikut:
- Anak-anak yang berumur 4 dan 5 tahun pada sesi 2019 perlu mendaftar semula jika berminat untuk meneruskan persekolahan di Tadika Alif Ceria pada tahun hadapan.
- Keutamaan mendaftar awal mulai 19/8/2019 akan diberikan kepada ibubapa sesi 2019 untuk mendaftarkan semula anak untuk sesi tahun hadapan termasuk mendaftarkan anak yang baru. Walau bagaimanapun, selepas tarikh 9/9/2019, pendaftaran adalah secara ‘first come first serve’ kerana ibu bapa baru akan mula mendaftar.
- Semua ibubapa baru yang pertama kali mendaftar ke Alif Ceria dan ibubapa alumni 2010-2016 WAJIB menghadiri sesi taklimat ringkas di tadika untuk penerangan tentang terma & syarat pendaftaran, perincian yuran tahunan dan bulanan, peraturan-peraturan tadika dan program serta kurikulum yang digunapakai di Alif Ceria. Tarikh temujanji untuk sesi taklimat adalah mulai Isnin, 26/8/2019. Semua temujanji akan dibuat hanya selepas jam 2 petang.
- Adalah dimaklumkan juga tempat adalah terhad terutamanya bagi sesi ‘daycare’ di Presint 14, Presint 16D dan Presint 16F. Bagi pendaftaran untuk Bdr Saujana Putra, semua permohonan akan diberikan status “Senarai Menunggu” sehingga kuota 35 orang pelajar dipenuhi.
- Pendaftaran adalah secara online sepenuhnya di www.alifceria.edu.my/ACIS dan kelulusan akan diberi tertakluk kepada kehadiran pada sesi taklimat (bagi pelajar baru) dan juga rekod bayaran bulanan (bagi pelajar lama).
- Pihak tadika tidak mengamalkan konsep ‘booking’ atau ‘deposit’. Yuran pendaftaran perlu dijelaskan setelah kelulusan diberi.
- Sila hubungi nombor-nombor berikut untuk sebarang pertanyaan dan penetapan tarikh temujanji:
Presint 14: 038893 5431 (Teacher Ros)
Presint 16D: 038861 4919 (Teacher Liyana)
Presint 16F: 038861 8527 (Teacher Alwani)
Presint 11: 038861 5908 (Teacher Afiqah)
Bdr Saujana Putra: 035103 4535 (Teacher Wawa)atau
Terima kasih.