Saya difahamkan ujian bertulis tidak diadakan di Tadika. Bagaimanakah prestasi anak dapat dinilai?

Anak-anak dinilai melalui pemerhatian berterusan oleh para guru. Ini adalah selari dengan sistem Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010) yang tidak membenarkan sebarang ujian bertulis diadakan di Tadika. Prestasi anak akan dimaklumkan semasa perbincangan dua-hala antara guru dan ibubapa semasa Perjumpaan Ibubapa-Guru (Parents Meet) yang diadakan 3 kali setahun.