En. Muhammad Fariz b. Tajuddin – M. Nazmi Danish, 5y.o

Saya bersyukur dapat menghantar anak ke tadika ini. Walaupun anak saya memulakan persekolahan agak lewat iaitu ketika berusia 5 tahun, dia dapat menyesuaikan diri dari segi pergaulan dan pembelajaran dengan amat baik. Dengan bantuan tenaga pengajar dan modul yang berkesan, anak saya menunjukkan perkembangan akademik dan kemajuan yan g positif. Aktiviti-aktiviti yang dianjurkan oleh pihak tadika juga amat menarik dan bersesuaian dengan perkembangan anak-anak. Saya dan isteri amat gembira apabila anak saya dapat membaca dengan lancar setelah enam bulan belajar di tadika ini. Kami amat berpuashati dengan system pembelajaran di Tadika Alif Ceria.