Bengkel Persediaan ke Sekolah – 7 Oktober 2017

 

Bengkel School Readiness 7 Okt

 

School Readiness / Persediaan ke Sekolah

?Adakah anak kita bersedia untuk ke sekolah?

⛵️Apakah persediaan ke sekolah untuk anak-anak kita?

Bagaimana bentuk sokongan atau aktiviti yang boleh menyediakan anak-anak kita untuk ke sekolah?

Ramai ibu bapa beranggapan, tadika atau pusat didikan kanak-kanak boleh menjadi tempat untuk persediaan ke sekolah bukan?

Sebenarnya aktiviti persediaan ke sekolah boleh bermula dari rumah!!

Bagaimana mengenalpasti bahawa anak-anak sudah bersedia untuk ke sekolah?

1️⃣Yang pertama sudah tentu kemahiran ke tandas dan bebas ‘diapers’

2️⃣Kedua, mempunyai kefahaman dalam peringkat asas arahan mudah.

3️⃣Ketiga, mempunyai keyakinan diri untuk berpisah daripada ibu atau bapa untuk bersama kawan-kawan.

4️⃣Keempat, kemahiran komunikasi dan sosial serta bermain! Bermain!

5️⃣Kelima, haa, barulah boleh kita buat aktiviti ‘table task’ seperti menulis, mewarna, kognitif dan lain-lain. Part ini, ibu bapa boleh ‘assess’ anak-anak dengan mudah melalui aktiviti yang saya selalu kongsikan.

Akademik? Tunggu dulu…jangan terburu-buru, kita selesaikan dulu 5 komponen asas dalam kemahiran persediaan ke sekolah ini. Hehe.

Jika perkara asas anak-anak boleh dapat dan dilatih, insha Allah, akademik tu sekejap je, petik jari sahaja mereka boleh tangkap!

Setakat ABC, one two three, sehari dah boleh belajar! Kan?!

Utamakan persekitaran mereka terlebih dahulu.

Bengkel persediaan ke sekolah saya pada 7 Oktober nanti. Insha Allah. Jemput datang.

 

Sumber: FB Puan Mahfuzah Zainol

Nota: Diskaun 10% untuk Ibubapa Tadika Alif Ceria termasuk yang baru mendaftar untuk sesi 2018.

Photoshoot 2017

veryday is Margarita Day

Presint 14: Monday, 11 September 2017
Presint 16D: Tuesday, 12 September 2017
Presint 16F: Wednesday, 13 September 2017
Presint 11 & BSP: Thursday, 14 September 2017

#saycheeseeeeekids

Sesi Taklimat Ibubapa untuk Kemasukan Januari 2018

Poster_Parents Briefing 29 July 2017

Satu sesi taklimat akan diadakan pada Sabtu, 29 Julai 2017 untuk ibu bapa yang berminat untuk mendaftarkan anak di Tadika Alif Ceria bagi kemasukan sesi Januari 2018.

Sesi ini bertujuan untuk memberi penerangan terperinci mengenai konsep dan kaedah yang digunakan di Alif Ceria, termasuk kurikulum dan peraturan tadika.

Ibubapa yang hadir pada sesi taklimat ini dikira telah memenuhi syarat untuk kelulusan pendaftaran yang akan dibuka secara online mulai 1 Ogos 2017.


Tempat: Bilik Serbaguna, Dewan Komuniti Presint 8, Putrajaya
Tarikh: Sabtu, 29 Julai 2017
Masa: 9.00 – 11.00 pagi

Untuk maklumat lanjut, sila hubungi 03-8893 5431 atau WA 013-241 5868.

Pendaftaran Transit Ceria 2018

Logo TC 2017

Info Awal:

Tadika Alif Ceria adalah pra-sekolah untuk anak-anak berumur 4 hingga 6 tahun manakala Transit Ceria (dirujuk sebagai TC) adalah perkhidmatan transit selepas waktu sekolah untuk anak-anak sekolah rendah.

Pendaftaran untuk  Transit Ceria sesi 2018 akan dibuka mulai 20 Julai 2017. Pendaftaran perlu dibuat secara online melalui ACIS. Oleh kerana kapasiti premis yang sangat terhad, kami akan mengutamakan permohonan anak-anak Tahun 1 (6 tahun 2017) sebelum menawarkan kekosongan tempat (jika ada) kepada anak-anak Tahun 2 hingga 6.

Transit Ceria terletak  di Jalan P16D/1, Presint 16.

Berikut adalah kategori program yang ditawarkan dan kadar yuran TC bagi sesi 2018:

  • TC Full Day (12.00tgh hari – 6.30ptg): RM380 sebulan
  • TC Afternoon (12.00tgh hari – 2.00ptg): RM150 sebulan

Ibubapa diminta untuk membaca dan memahami maklumat mengenai perkhidmatan yang ditawarkan (dan TIDAK ditawarkan) di TC untuk mengelakkan sebarang salahfaham pada masa hadapan (sila rujuk slideshow dibawah).

Untuk butiran lanjut mengenai subjek-subjek Pengisian TC dan struktur yuran pendaftaran tahunan, sila hubungi Penyelia Transit Ceria di 03-8861 7979.

Update 21/2/2019: Pengurusan Transit Ceria tidak lagi berada di bawah Pengurusan Tadika Alif Ceria mulai 1/12/2018. Harap maklum.