Kursus Asas Bacalah Anakku akan diadakan pada 7 Februari 2015

Kursus Asas Bacalah Anakku untuk ibu bapa akan diadakan pada:

Tarikh: Sabtu, 7 Februari 2015
Masa: 9.00 pagi – 1.00 tengahari
* Pendaftaran bermula pukul 8.30 pagi
Tempat: Auditorium 1,Kompleks Kejiranan Presint 16, Putrajaya
Penceramah: Pn. Nik Eliani Nik Nawi
Penulis Buku Bacalah Anakku / Pengasas ReadNetwork SB

IMG-20150119-WA0001

Semua ibu bapa dijemput hadir. Walau bagaimanapun, bagi ibu bapa yang baru (pertama kali menghantar anak ke Alif Ceria), kehadiran salah seorang daripada ibu atau bapa adalah DIWAJIBKAN. Ini bertujuan untuk memberikan pendedahan kepada ibu bapa tentang kaedah membaca fonetik yang digunapakai di Alif Ceria dan seterusnya dapat membimbing anak membaca di rumah menggunakan kaedah yang sama.

Sila ambil perhatian juga bahawa kursus ini adalah untuk ibu bapa sahaja dan anak-anak tidak dibenarkan berada di dalam auditorium.

Mohon kerjasama untuk mengisi slip kehadiran yang disertakan di dalam Buku Komunikasi anak sebelum Jumaat, 30 Januari 2015.

Sekian, terima kasih.