Pendaftaran untuk sesi persekolahan 2025 (kemasukan Januari 2025) akan dibuka mulai:
- Selasa, 1 Oktober 2024 untuk kategori pendaftaran berikut:
- pendaftaran semula pelajar 4 & 5 tahun sesi 2024
- pendaftaran baru adik-beradik kepada pelajar sesi 2024
- pendaftaran baru adik beradik kepada Alumni Alif Ceria 2010-2023
- semua pendaftaran baru selain daripada 3 kategori di atas.
Sila ambil maklum perkara-perkara penting berikut:
-
- Pendaftaran adalah secara ‘first come first served’.
- Semua ibubapa baru yang pertama kali mendaftar ke Alif Ceria WAJIB menghadiri sesi taklimat ringkas di cawangan Alif Ceria yang berdekatan untuk penerangan tentang terma & syarat pendaftaran, perincian yuran tahunan dan bulanan, peraturan-peraturan tadika dan program serta kurikulum yang digunapakai di Alif Ceria.
- Pendaftaran adalah secara online sepenuhnya di alifceria.edu.my/ACIS dan kelulusan akan diberi tertakluk kepada kehadiran pada sesi taklimat (bagi pelajar baru) dan juga rekod bayaran bulanan (bagi pelajar lama).
- Pihak tadika tidak mengamalkan konsep ‘booking’ atau ‘deposit’. Yuran pendaftaran perlu dijelaskan setelah kelulusan diberi. Walau bagaimanapun, mulai tahun ini Ibubapa diberikan kemudahan untuk membuat bayaran secara 2x ansuran.
Berita baik! Yuran tahunan tahun ini telah diturunkan!
Dapatkan juga diskaun yuran bulan Januari jika mendaftar pada bulan Oktober! - Sila hubungi nombor-nombor berikut untuk sebarang pertanyaan dan penetapan tarikh temujanji untuk sesi taklimat Ibubapa:
Talian Tetap Tadika
Presint 14: 038893 5431 (Teacher Ros)
Presint 16: 038861 4919 (Teacher Afiqah)
Presint 11: 038861 5908 (Teacher Mai)
Media Sosial
https://mylink.la/tadikaalifceria
Terima kasih.