Pendaftaran untuk sesi persekolahan 2024 (kemasukan Januari 2024) akan dibuka mulai:
- Selasa, 10 Oktober 2023 untuk kategori pendaftaran berikut:
- pendaftaran semula pelajar 4 & 5 tahun sesi 2023
- pendaftaran baru adik-beradik kepada pelajar sesi 2023
- pendaftaran baru Alumni Alif Ceria 2010-2022
- semua pendaftaran baru selain daripada 3 kategori di atas.
Sila ambil maklum perkara-perkara penting berikut:
- Pendaftaran adalah secara ‘first come first served’.
- Semua ibubapa baru yang pertama kali mendaftar ke Alif Ceria WAJIB menghadiri sesi taklimat ringkas di cawangan Alif Ceria yang berdekatan untuk penerangan tentang terma & syarat pendaftaran, perincian yuran tahunan dan bulanan, peraturan-peraturan tadika dan program serta kurikulum yang digunapakai di Alif Ceria.
- Pendaftaran adalah secara online sepenuhnya di www.alifceria.edu.my/ACIS dan kelulusan akan diberi tertakluk kepada kehadiran pada sesi taklimat (bagi pelajar baru) dan juga rekod bayaran bulanan (bagi pelajar lama).
- Pihak tadika tidak mengamalkan konsep ‘booking’ atau ‘deposit’. Yuran pendaftaran perlu dijelaskan setelah kelulusan diberi. Walau bagaimanapun, mulai tahun ini Ibubapa diberikan kemudahan untuk membuat bayaran secara 2x ansuran.
- Sila hubungi nombor-nombor berikut untuk sebarang pertanyaan dan penetapan tarikh temujanji untuk sesi taklimat Ibubapa:
Talian Tetap Tadika
Presint 14: 038893 5431 (Teacher Ros)
Presint 16D & 16F: 038861 4919 (Teacher Afiqah)
Presint 11: 038861 5908 (Teacher Mai)
Whatsapp
www.wasap.my/+60132410678
Media Sosial
https://mylink.la/tadikaalifceria
Terima kasih.