Saya telah memasukkan anak ke Tadika Alif Ceria sejak berumur 4 tahun. Saban hari pelbagai perkembangan dapat dilihat. Ain telah boleh membaca Bahasa Melayu sebelum usianya mencecah 5 tahun dan seterusnya telah dapat menguasai pembacaan Bahasa Inggeris pada usia 5 tahun.
Alhamdulillah, saya amat beruntung kerana memilih Tadika Alif Ceria yang mana keberkesanan teknik pembelajarannya telah membuahkan hasil. Sememangnya saya amat berpuashati dengan pencapaian Ain. Terima kasih Alif Ceria…