Sebagai Tadika yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran, apakah program yang digunapakai di Tadika?

Tadika Alif Ceria menggunakan modul KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010) sebagai program dasar. Sebagai nilai tambah terhadap KSPK, kami menerapkan konsep Islamik (‘Islamic integration’) dalam semua tema/modul KSPK.
Selain itu kami juga menggunakan modul-modul dari luar negara yang dibeli khas sebagai rujukan dan sokongan kepada kaedah pengajaran di Tadika.