EN. MH, dad to SOFEA, IMA YUSUF, FAYYADH & FAWWAZ

Anak-anak seronok belajar di Alif Ceria. Guru dan suasana yang menarik. Kami percaya kepada kaedah pembelajaran yang diterapkan oleh Alif Ceria. Kami setia bersama Alif Ceria sejak tahun 2011 (anak sulung), diikuti anak kedua mendaftar pada tahun 2020, dan seterusnya anak kembar pada tahun 2022. Jika ada saudara atau kenalan yang mencari tadika untuk pendidikan awal kanak-kanak di Putrajaya, kami akan mencadangkan Alif Ceria. Selamat maju jaya Alif Ceria!
Terima kasih kerana mendidik keempat-empat anak kami. Semoga Allah merahmati semua guru dengan pahala, dan syurga. Amin ya Rabbal Alamin.