Frequently Asked Questions

Thank you for your interest in our preschool programme at Tadika Alif Ceria. Alhamdulillah, we are very blessed to receive numerous requests each year for information about our preschool programme and the registration procedures for enrolment. This FAQ (in Bahasa Malaysia) is provided to answer some of the most common questions regarding the registration and enrolment procedure. 🙂

Pendaftaran untuk sesi 2014 telah dibuka mulai 1 Julai 2013.
Tidak ada bayaran untuk ‘booking’. Tempat anak tuan/puan hanya boleh diluluskan setelah semua yuran pendaftaran (termasuk yuran tahunan 2014) diterima. Sila rujuk jadual di https://alifceria.edu.my/fee-structure/
Yuran bulanan untuk semua cawangan di Putrajaya ialah RM250 manakala untuk cawangan BSP ialah RM220.
Yuran bulanan untuk semua cawangan di Putrajaya ialah RM410 manakala untuk cawangan BSP ialah RM380.
Ya, yuran bulanan Tadika perlu dibayar seperti biasa kerana tempat anak tuan tidak diganti dengan pelajar lain sepanjang tempoh berkenaan.
Bayaran pendaftaran RM100 (pendaftaran pelajar baru) atau RM50 (pendaftaran pelajar lama) tidak akan dikembalikan. Hanya bayaran tahunan 2014 sahaja yang akan dikembalikan selepas 31 Disember 2013.
Maaf, Tadika hanya boleh menerima anak-anak yang minum susu menggunakan cawan sahaja di Tadika.
Maaf, Tadika hanya boleh menerima anak-anak yang sudah ‘fully potty trained’ dan tidak perlu memakai lampin pakai buang di Tadika. Walaubagaimanapun, untuk anak-anak ‘daycare’, Tadika masih boleh terima sekiranya perlu memakai lampin pakai buang sewaktu tidur.
Pada tahun 2014, Tadika Alif Ceria P14, P18 dan BSP akan dibuka pada pukul 7 pagi. Hanya Tadika Alif Ceria P16 sahaja yang akan dibuka pada pukul 7.30pagi.
Sarapan pagi akan diberikan pukul 10 pagi setiap hari. Ibubapa/penjaga dinasihatkan memberi anak minum susu dan sarapan ringan sebelum menghantar anak ke Tadika.
Caj lebihmasa bagi Tadika Alif Ceria P14, P18 dan BSP bermula selepas pukul 6 petang manakala caj lebihmasa bagi Tadika Alif Ceria P16 bermula selepas pukul 6.30 petang.
RM5 bagi setiap 30 minit atau sebahagian daripadanya.
Ya. Caj lebihmasa akan dikenakan sekiranya anak tuan/puan masih berada di Tadika selepas pukul 1.30 petang.
Tidak, makan tengahari hanya disediakan untuk anak-anak ‘daycare’ sahaja.
Kami menggunapakai pendekatan belajar melalui bermain (‘Learn Through Play’). Anak-anak dibiarkan bebas bergerak dan meneroka di dalam ruang pembelajaran tertentu tanpa terbatas kepada kerusi dan meja di dalam kelas.
Tadika Alif Ceria menggunakan modul KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010) sebagai program dasar. Sebagai nilai tambah terhadap KSPK, kami menerapkan konsep Islamik (‘Islamic integration’) dalam semua tema/modul KSPK. Selain itu kami juga menggunakan modul-modul dari luar negara yang dibeli khas sebagai rujukan dan sokongan kepada kaedah pengajaran di Tadika.
Anak-anak dinilai melalui pemerhatian berterusan oleh para guru. Ini adalah selari dengan sistem Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010) yang tidak membenarkan sebarang ujian bertulis diadakan di Tadika. Prestasi anak akan dimaklumkan semasa perbincangan dua-hala antara guru dan ibubapa semasa Perjumpaan Ibubapa-Guru (Parents Meet) yang diadakan 3 kali setahun.