All posts by Alif Ceria

Ramadhan is here again..

It’s that time of the year again.. oh the joy of Ramadhan!
 


Ramadhan hours are priceless. Let’s make resolution to make this Ramadhan the best ever, InsyaAllah!..

Registration 2014: FAQs

Thank you for your interest in our preschool programme at Tadika Alif Ceria. Alhamdulillah, we are very blessed to receive numerous requests each year for information about our preschool programme and the registration procedures for enrolment. This FAQ (in Bahasa Malaysia) is provided to answer some of your most common questions regarding the registration and enrolment procedure. 🙂


YURAN DAN SYARAT KEMASUKAN

S: Bilakah pendaftaran untuk sesi 2014 akan dibuka?

J: Pendaftaran untuk sesi 2014 telah dibuka mulai 1 Julai 2013.
S: Apakah yang perlu saya lakukan untuk mendaftarkan anak saya?

J: Sila rujuk diagram di bawah:-

 


S: Bolehkah saya membuat pendaftaran pada bulan Disember nanti?
J: Boleh, jika masih ada kekosongan tempat.
S: Berapakah jumlah yuran untuk mendaftarkan anak saya yang berusia 5 tahun pada tahun 2014?
J: Jumlah yuran yang perlu dibayar adalah seperti jadual di https://alifceria.edu.my/p/registration-enrolment.html
S: Berapakah bayaran untuk ‘booking’ tempat bagi sesi persekolahan 2014?
J: Tidak ada bayaran untuk ‘booking’. Tempat anak tuan/puan hanya boleh diluluskan setelah semua yuran pendaftaran (termasuk yuran tahunan 2014) diterima. Sila rujuk jadual di https://alifceria.edu.my/fee-structure/
S: Berapakah yuran bulanan untuk tadika sahaja (‘kindy only’) sesi 2014?
J: Yuran bulanan untuk semua cawangan di Putrajaya ialah RM250 manakala untuk cawangan BSP ialah RM220.
S: Berapakah yuran bulanan untuk tadika dan ‘daycare’ (‘kindy & daycare’) sesi 2014?
J: Yuran bulanan untuk semua cawangan di Putrajaya ialah RM410 manakala untuk cawangan BSP ialah RM380.
S: Anak saya tidak akan hadir selama 2 bulan kerana ibunya cuti bersalin, perlukah saya membayar yuran bulanan Tadika?
J: Ya, yuran bulanan Tadika perlu dibayar seperti biasa kerana tempat anak tuan tidak diganti dengan pelajar lain sepanjang tempoh berkenaan.
S: Adakah wang pendaftaran akan dikembalikan sekiranya kami membatalkan kemasukan ke Tadika?
J: Bayaran pendaftaran RM100 (pendaftaran pelajar baru) atau RM50 (pendaftaran pelajar lama) tidak akan dikembalikan. Hanya bayaran tahunan 2014 sahaja yang akan dikembalikan selepas 31 Disember 2013.
S: Anak saya lahir pada 29 April 2010, umurnya belum cukup 4 tahun pada 1.1.2014, bolehkah anak saya mendaftar untuk sesi 2014?
J: Boleh, anak tuan/puan akan berusia 4 tahun pada tahun 2014.
S: Anak saya masih minum susu menggunakan botol susu, adakah Tadika  akan menerima kemasukannya?
J: Maaf, Tadika hanya boleh menerima anak-anak yang minum susu menggunakan cawan sahaja di Tadika.
S: Anak saya masih perlu memakai lampin pakai buang, adakah Tadika akan menerima kemasukannya?
J: Maaf, Tadika hanya boleh menerima anak-anak yang sudah ‘fully potty trained’ dan tidak perlu memakai lampin pakai buang di Tadika. Walaubagaimanapun, untuk anak-anak ‘daycare’, Tadika masih boleh terima sekiranya perlu memakai lampin pakai buang sewaktu tidur.

PERATURAN TADIKA

S: Saya perlu menghantar anak ke Tadika sebelum pergi ke tempat kerja, pukul berapa Tadika dibuka setiap pagi?
J: Pada tahun 2014, Tadika Alif Ceria P14, P18 dan BSP akan dibuka pada pukul 7 pagi. Hanya Tadika Alif Ceria P16 sahaja yang akan dibuka pada pukul 7.30pagi.
S: Saya perlu menghantar anak saya awal ke Tadika, bilakah sarapan akan diberikan?
J: Sarapan pagi akan diberikan pukul 10 pagi setiap hari. Ibubapa/penjaga dinasihatkan memberi anak minum susu dan sarapan ringan sebelum menghantar anak ke Tadika.
S: Pukul berapakah caj lebihmasa mula dikenakan untuk anak-anak ‘daycare’?
J: Caj lebihmasa bagi Tadika Alif Ceria P14, P18 dan BSP bermula selepas pukul 6 petang manakala caj lebihmasa bagi Tadika Alif Ceria P16 bermula selepas pukul 6.30 petang.
S: Berapakah caj yang dikenakan untuk lebihmasa?
J: RM5 bagi setiap 30 minit atau sebahagian daripadanya.
S: Adakah caj lebihmasa juga dikenakan untuk anak-anak ‘kindy only’?
J: Ya. Caj lebihmasa akan dikenakan sekiranya anak tuan/puan masih berada di Tadika selepas pukul 1.30 petang.
S: Adakah makan tengahari disediakan untuk anak-anak ‘kindy only’?
J: Tidak, makan tengahari hanya disediakan untuk anak-anak ‘daycare’ sahaja.
 

PROGRAM

 
S: Apakah konsep pembelajaran yang digunapakai di Tadika?
J: Kami menggunapakai pendekatan belajar melalui bermain (‘Learn Through Play’). Anak-anak dibiarkan bebas bergerak dan meneroka di dalam ruang pembelajaran tertentu tanpa terbatas kepada kerusi dan meja di dalam kelas.
S: Sebagai Tadika yang berdaftar dengan Kementerian Pelajaran, apakah program yang digunapakai di Tadika?
J: Tadika Alif Ceria menggunakan modul KSPK (Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2010) sebagai program dasar. Sebagai nilai tambah terhadap KSPK, kami menerapkan konsep Islamik (‘Islamic integration’) dalam semua tema/modul KSPK.
Selain itu kami juga menggunakan modul-modul dari luar negara yang dibeli khas sebagai rujukan dan sokongan kepada kaedah pengajaran di Tadika.
S: Saya difahamkan ujian bertulis tidak diadakan di Tadika. Bagaimanakah prestasi anak dapat dinilai?
J: Anak-anak dinilai melalui pemerhatian berterusan oleh para guru. Ini adalah selari dengan sistem Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan (2010) yang tidak membenarkan sebarang ujian bertulis diadakan di Tadika. Prestasi anak akan dimaklumkan semasa perbincangan dua-hala antara guru dan ibubapa semasa Perjumpaan Ibubapa-Guru (Parents Meet) yang diadakan 3 kali setahun.

Alif Ceria 2013 Inter-Centre Reading Competition

An inter-centre reading competition was held last Saturday, 15 June 2013 at Bilik Serbaguna Kompleks Kejiranan Presint 8, Putrajaya, Alhamdulillah. It was our very first of such event, aimed to inculcate the reading habit among the children as well as to boost their literacy and expose their parents to the reading techniques used at Tadika Alif Ceria.

Tadika Alif Ceria, since its opening in 2010, has been using Bacalah Anakku and ReadEasy phonetic reading series by ReadNetwork in the teaching of Bahasa Melayu and English reading.

The contest, involving 29 kids aged 4-6 years from all five Alif Ceria centres, were focusing on those who were able to read according to their age groups and reading levels in three categories:- Bahasa Melayu, English and Jawi. Judging scores were given based on three key areas:- fluency, pronunciation and confidence. Though some were nervous, these kids stood bravely in front of the audience to read their texts. Well done kids! You were amazing! MasyaAllah…!

Caterpillars 4 & 5 years old: Bahasa Melayu
Cocoon 5 years old: Bahasa Melayu
Cocoon 5 years old: English
Butterfly 6 years old: Bahasa Melayu
Butterfly 6 years old: English
Butterfly 6 years old: Jawi

Parents were also entertained with reading-related shows by our young performers during the short break. Our group of singers cheerfully sang the familiar Abu Ada Ayam, Cory Cat and Sakura songs – all fun but simple songs that are being used to teach phonics at the school. We then had our group of Buletin Ceria newscasters, reading fluently the local news, sports news and weather forecast. Awesome, kids! A job well done!

 

Winners were then announced and all contestants including the performers each brought home a bag of reading goodies. Thanks to our sponsors, Alhamdulillah!  We sincerely hope that this competition will inspire both children and parents to read more at home, InsyaAllah.

Oh The Places We Go! ~ May 2013

The more that you read, the more things you will know. The more that you learn, the more places you’ll go. – Dr.Seuss

Kuala Lumpur International Airport

Putrajaya Equestrian Park

Muzium Alam Semulajadi, Putrajaya

Muzium DiRaja Kuala Lumpur

Planetarium Negara, Kuala Lumpur


5 different places, 220 kids, 2 ERL trips, 3 chartered buses = RMxxxx.
Experience + Knowledge = PRICELESS.

Alhamdulillah.. Thank you Allah for the opportunity!

More photos at our Facebook https://www.facebook.com/alif.ceria