We would like to convey our gratitude to all parents who have left kind and encouraging words for Alif Ceria. Here are some of the testimonials from satisfied parents about our kindergarten programme:

 

Alhamdulillah, saya boleh nampak perkembangan positif pada Ammar. Dia boleh membaca dengan lancar. Terima kasih Cikgu Mai yang banyak bersabar dengan perangai Ammar.
Pn. R, Mom To Ammar

Teachers berusaha bersungguh-sungguh membantu anak-anak dalam pembelajaran dan membimbing anak-anak untuk berdikari. Thank you teacher membimbing Inara dengan baik.
Pn. A, Mom To Ain Inara

Bersama Alif Ceria sejak 2012 dan Alif Ceria memang terbaik untuk anak-anak saya. Anak-anak selalu tak sabar nak ke sekolah, balik pun ceria. Words never be enough for us to show our appreciation. Many thanks to all Alif Ceria teachers. May Allah bless and shower Alif Ceria teachers with blessings. InsyaAllah.
En. KA, Dad To Uwais

Anak-anak seronok ke tadika kerana tadika menerapkan pembelajaran sambil bermain. Kelas dalam kumpulan kecil, dan teacher dapat memberikan perhatian sepenuhnya. Teacher yang baik dan sentiasa memberikan respon terhadap pertanyaan ibu bapa. Anak-anak dididik dengan baik di tadika ini. Terima kasih semua teacher yang telah mendidik anak-anak saya daripada anak sulung tahun 2016.
Pn KB, mom to EIZZAT

Tadika yang baik untuk perkembangan sensory dan akhlak. Terima kasih kerana sabar dan tekun mendidik anak-anak di Alif Ceria.
PN. H, mom to HAIQAL

Anak-anak seronok belajar di Alif Ceria. Guru dan suasana yang menarik. Kami percaya kepada kaedah pembelajaran yang diterapkan oleh Alif Ceria. Kami setia bersama Alif Ceria sejak tahun 2011 (anak sulung), diikuti anak kedua mendaftar pada tahun 2020, dan seterusnya anak kembar pada tahun 2022. Jika ada saudara atau kenalan yang mencari tadika untuk pendidikan awal kanak-kanak di Putrajaya, kami akan mencadangkan Alif Ceria. Selamat maju jaya Alif Ceria! Terima kasih kerana mendidik keempat-empat anak kami. Semoga Allah merahmati semua guru dengan pahala, dan syurga. Amin ya Rabbal Alamin.
EN. MH, dad to SOFEA, IMA YUSUF, FAYYADH & FAWWAZ

Alhamdulillah, anak saya dapat menguasai kurikulum akademik dan islamic yang di ajar oleh guru Tadika Alif Ceria. Terima kasih teachers!
EN. MK, dad to YH

Anak saya sangat suka pergi ke sekolah untuk belajar, berjumpa dengan cikgu2 dan rakan-rakan. Kaedah belajar sambil bermain sangat membantu dalam perkembangan anak saya.
Pn N, mom to INARA

Pengalaman anak sangat menarik di tadika ini. Menarik minat anak untuk hadir sekolah dan bersama kawan- kawan.
Pn. H, mom to AMIRAH

Alhamdulillah. Didikan dan pembelajaran yang seimbang. Syabas kerana menerapkan ilmu agama dan nilai-nilai murni pada semua kids. Moga semua kids menjadi anak yang soleh & solehah san berjaya dunia & akhirat. Aamiin. Jazakallahu khair.
En. Fadhlil , dad to Sarah